SELAMAT DATANG KE LAMAN SK PERANTAU DAMAI. Sertai Forum SKPD (http:\\skperantaudamai.activeboard.com). "

Sabtu, 15 November 2008

Nota & Soalan PTK


Panas-panas!!!!!!

Nota PTK dan set soalan untuk ulangkaji...
Boleh sejuk badan dimusim cuti ini.

NOTA & CONTOH SOALAN

Rabu, 12 November 2008

Majlis Graduasi Pra Zon Perantau Damai 2008

Majlis graduasi ini disertai seramai 75 orang dari zon perantau damai iaitu Murid Prasekolah SK Perantau Damai, SK Keratong 8 dan SK Keratong 10.
Tahun ini SK Perantau Damai di beri tanggungjawab sebagai tuan rumah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Isnin, 10 November 2008

Matlamat dan ciri-ciri pelajar SK Perantau Damai

Beriman dan bertakwa pada Allah dan Rasul

Memiliki sahsiah, akhlak dan nilai-nilai murni

Cemerlangan dalam kurikulum dan kokurikulum serta berlumba-lumba untuk maju .

Berketrampilan dan sentiasa maju kehadapan .

Berilmu dan menguasai kemahiran IT.

Menjadi contoh kepada rakan sebaya.

Mempunyai kesedaran dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri,ibu-bapa dan
Sekolah.

Menguasai bahasa ke-dua dan perkara asas fardhu ain

Visi & Misi

Visi sekolah

Menjadikan SKPD satu organisasi yang dapat memperkembangkan jasmani,emosi,rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang berkualiti, beridentiti,berhikmah dan professional serta memupuk hubungan peribadi yang sihat bagi menzahirkan sekolah yang unggul.

Misi
Mampu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pelaksanaan program dan aktiviti sekolah untuk mencapai kecemerlangan yang menyeluruh melalui gabungan tenaga seluruh warga sekolah dan komuniti


Etika Kerja
Bekerja dengan azam, mengabdikan diri dengan Allah.
Bekerja dengan ikhlas dan amanah
Bekerja dengan tekun dan cekap
Bekerja dengan semangat gotong-royong dan berpadu fikiran
Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat

Falsafah Pendidikan Negara

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan berterusan dan berterusan dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayan dan kepatuhan kepada tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara .

Ahad, 2 November 2008

Forum SKPD

Forum percubaan untuk semua warga pendidik, para pelajar Ibubapa atau peminat-peminat pendidikan.

http://skperantaudamai.activeboard.com/

key714
skpd